impian menjadi ummi yg bersifat ULTRAMEN,POWER RANGERS !!!




SALAM..MA AJMMALAL YAUMM !!!!! terasa penat seharian selepas outing satu KL bersama sahabat, AMALINA...dalam perjalanan kami rmai wanita yang berjalan bangga bsama perut kerana dalam perut mereka telah tercipta seorang bakal permata yang semestinya memberi sumbangan kpd masyarakat kelak...warga ibu di temani sang suami sibuk "menelaah" kdai MOM care dek persiapan kelahiran mereka di dunia ini...terkesima melihat kegembiraan bakal-bakal ibu ini, teringat artikel dalam buku AKU TERIMA NIKAHNYA tulisan "ustaz cinta" ustaz Hasrizal..sy pnjangkan dalam blog ini...





"“Abi dinosaur, Ummi raksasa!”, kata Saif.

“Yop apa?”, saya bertanya.

“Yop kanak-kanak”, dia menjawab.

“Kanak-kanak ke, atau katak-katak?”, saya mengusik.

“Apalah Abi ni”, Saif malas melayan.

Abi dinosaur, Ummi raksasa. Apakah ini suatu gurauan, atau memang ini imej kami di mata anak-anak? Entah kenapa malam tadi, saya berfikir demikian. Teringat kembali kepada gurauan kami dengan anak-anak semasa di dalam kereta.

Kisah Abi dinosaur dan Ummi raksasa timbul di ingatan saya, apabila salah seorang peserta ceramah “Sharpen the Saw” saya di Al-Nidaa’ tempoh hari, melontarkan soalan tentang masalah anak-anak hari ini yang sangat suka menonton kartun di televisyen.

“Macam mana nak buat, ustaz?”, tanya seorang muslimah.

“Saya bukan pakar psikologi kanak-kanak, maka jawapan saya ini hanyalah suatu perkongsian dan bukannya pandangan seorang pakar”, saya ‘berlapik’ sebelum menjawab.

Muslimah yang menyoal mengangguk.

Saya berpandangan, adalah mustahil untuk kita menyekat anak-anak daripada menyukai kartun dan animasi. Perbuatan kita menyembunyikan kewujudan kartun-kartun itu di rumah, akan menyebabkan anak-anak melakukan ‘jenayah’ apabila mereka mencari peluang menontonnya di luar rumah.

Di pusat asuhan…

Di pasar raya…

Dari cerita dan mulut kawan-kawan…

Kartun ada di mana-mana.

Menyekatnya adalah suatu kemustahilan. Tetapi kita boleh membimbing dan meletakkan had keperluan. Namun sebelum soal bimbingan dan had keperluan itu diperkatakan, ambillah peluang untuk menyelami fikiran anak-anak kita sendiri tentang hal ini.

KUALITI WATAK ITU

Mana mungkin seorang kanak-kanak yang normal, tidak suka kepada hero mereka yang berwarna terang, lincah, penuh aksi, penyayang, lucu, bercakap dengan jelas, lantas mendampingi watak-watak itu menjadikan mereka terhibur, gembira, malah ada juga yang ‘beroleh rasa selamat’.



Lihat sahaja Power Rangers. Warnanya terang dan menarik perhatian. Aksinya lincah dan sentiasa menang dalam pertempuran. Mereka juga bekerja dalam pasukan dan sering bantu membantu untuk menangkis ancaman. Unsur-unsur ini sungguh kuat mempengaruhi anak-anak kita.

Renung pula seorang hero bernama Ultraman. Beliau adalah seorang yang action oriented. Beliau diangkat sebagai perwira kerana bertindak kena pada masanya. Beliau tidak perlu berleter dan bercakap untuk dilihat sebagai hero dan idola. Beliau hanya perlu beraksi. Membuktikan kepahlawanannya melalui tindakan.

Renung pula kepada Barney. Walaupun matanya besar, perutnya buncit dan susah untuk dipeluk, Barney ‘seorang’ yang pengasih lagi penyayang. Barney tidak marah-marah dan berleter. Barney sentiasa membelai, dan pandai mengambil hati. Biar pun warnanya ungu dan sering dikutuk oleh mereka yang jemu dengannya sebagai ‘The Purple Thing“, dia tetap mendapat tempat di hati anak-anak kita.


‘Cinta’ anak-anak kita kepada Power Rangers, Ultraman dan Barney bukanlah cinta buta. Komitmen dan kesetiaan mereka kepada idola animasi ini, kerana watak-watak ini berkualiti. Mereka memberikan perlindungan, gaya mereka meyakinkan, mereka juga hanya memberi aksi tanpa perlu berleter bagai butir beras padi. Mereka juga penyayang, lucu, pembelai dan pandai mengambil hati.

Apakah kita sebagai ibu bapa, mampu menyaingi watak-watak itu? Apakah ada ciri-ciri Power Rangers dalam diri kita sebagai ibu bapa?

Ibu buat hal sendiri.

Ayah buat hal sendiri.

Malah sering bergaduh sesama sendiri.

Jauh sekali dari watak Power Rangers yang sentiasa berpakat menentang ancaman. Lebih buruk lagi jika ibu ayah suka baju berwarna hitam dan kelabu. Sungguh membosankan.

Apakah kita sebagai ibu bapa, mampu menyaingi Ultraman? Kita adalah ibu dan bapa yang suka membebel sedangkan jarang aksi dan perbuatan kita berpihak kepada anak-anak. Kita membina kekuatan dengan bercakap, tidak seperti Ultraman yang bisu seribu bahasa tetapi penuh tindakan dan aksi yang memberikan keyakinan serta kepuasan.



Mahu membandingkan kita sebagai ibu dan bapa, dengan Barney? Oh, sudah tentu kita kalah sebelum masuk gelanggang lagi. Barney itu hodoh di mata kita, tetapi mungkin kita lebih hodoh di mata anak-anak berbanding ‘The Purple Thing‘ itu. Barney penyabar, kita baran. Barney pengasih, kita suka marah-marah dan menyakitkan hati. Barney sering ketawa, kita masam muka sepanjang masa. Bergaduh dengan majikan dan bertempur dengan kereta di jalan, kita hukum anak-anak dengan muka dan bau badan yang kedua-duanya masam!




Tiba-tiba kita berleter mahu memisahkan anak-anak dari segala yang ‘baik’ pada diri Power Rangers, Ultraman dan Barney itu.

Jangan terkejut jika kita ditentang dan dilawan. Apa yang kita ada sebagai alternatif kepada Power Rangers, Ultraman dan Barney?

Abi dinosaur, Ummi raksasa… mungkin itu imej kami dan anda di mata anak-anak kita.

ALTERNATIF HARUS SEPADAN

Soal watak ibu bapa yang mengecewakan anak-anak, bukan isu remeh yang harus ditertawakan.

Dalam masa yang sama, alternatif yang ingin kita tawarkan juga haruslah sepadan dengan jiwa anak-anak.

Lihat sahaja kartun-kartun yang mengajar doa, animasi Islam yang ajarannya bersandarkan sumber Islam yang sahih, perhatikan watak-watak yang menutup aurat dan bersopan itu. Ia memenuhi kriteria yang kita letakkan sebagai ibu bapa. Tetapi adakah ia sesuai dengan anak-anak?

Kebanyakannya kaku, mulut bergerak seperti boleh dibilang buka tutupnya. Bahasanya membosankan. Ia adalah orang dewasa di dalam lukisan kanak-kanak. Rupanya seperti kanak-kanak tetapi psikologinya adalah seorang dewasa. Maka anak-anak kita bosan dengan alternatif sebegini.

Mujurlah muncul baru-baru ini Upin dan Ipin. Semoga produk cemerlang sepertinya bertambah dari semasa ke semasa.

Itu jika kita berhasrat memberikan animasi alternatif.

Keadaan menjadi lebih serius apabila kita mahu anak-anak berhenti menonton kartun untuk memberi laluan kepada program belajar mengaji.

Rancangan mengaji al-Quran bukan kelas mengaji al-Quran. Jika kelas mengaji, seorang ustaz boleh mengunci pintu kelas dan tangannya kemas menggenggam rotan.

Tetapi rancangan mengaji al-Quran di televisyen boleh ditinggalkan hanya dengan gerak hujung jari menukar siaran. Belajar adalah proses yang sepatutnya menyeronokkan biar pun ia kelas mengaji al-Quran. Untuk itu saya ucapkan syabas kepada sahabat saya Ustaz Zamri di TV9 kerana berjaya membawa suatu pendekatan baru dalam kelas mengaji al-Quran. Usahkan anak-anak saya, malah ibu bapa mereka dan pakcik makcik pun suka menontonnya.

Tidak salah ada gelak ketawa, asalkan ia berpada.


BERUSAHA MEMAHAMI


Maka ibu bapa mestilah banyak menyemak diri sendiri, apabila anak-anak suka menonton TV. Cubalah melihat ‘krisis’ ini dari pandangan anak-anak. Adakah anak-anak yang degil, atau kita sebenarnya yang bermasalah?

Jika mahu dibandingkan watak kita dengan watak Nabi SAW itu dianggap terlalu jauh, maka cermin-cerminlah imej kita di depan anak-anak. Mampukah kita menyaingi Power Rangers dan Ultraman? Apakah kita kalah kepada keluhuran watak Barney?

Abi dinosaur, Ummi raksasa… mungkin itulah kita, di depan anak-anak hari ini yang peka dan bijak belaka.

kahwinnnn MUDA???


EMMM...BOWINK GLER NI.....NAK STDY??XLEH AR..BUKU SUME LOM DPAT AG!!!SERVE INTENET LAH... JMPE LAK BENDA NI KAT INTENET..BES GAK...LETS CHEAK IT OUT!!
...................................................................................................................................................

"Jikalau anak-anak muda menyuarakan keinginan untuk bernikah walaupun mereka masih lagi menuntut di kampus, jangan cepat melenting. Yakinlah, keberanian mereka untuk menyuarakan permintaan tersebut menunjukkan kematangan mereka. Keberanian mereka untuk membuat permintaan sedemikian rupa menunjukkan mereka ingin menyelamatkan iman dan akhlak.Yakinlah, jika mereka memilih untuk tidak meminta izin untuk berkahwin mereka mampu. Jika mereka memilih untuk tidak berkahwin dan meneruskan onar mereka sehingga ke tahap yang serius pun mereka mampu. Maka, jika mereka menyuarakan pendapat dan meminta izin, pertimbangkanlah ia dengan rasional, kematangan dan gunakanlah neraca keimanan. Mereka bukanlah anak-anak kecil lagi. Mereka juga bukannya terburu-buru ataupun terlalu mengikut nafsu. Yakinlah, apa yang mereka suarakan itu adalah bertitik tolak dari keimanan dan ketaqwaan serta kesungguhan mereka untuk menjaga nama baik keluarga."
O Mama, Aku mahu kahwin! (buat ibubapa moden)
Maszlee Malik
(Pensyarah di Jabatan Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan,UIAM)
Antara dilemma yang dihadapi oleh anak-anak muda masakini ialah sukarnya untuk mengawal nafsu yang bergelora. Dunia maklumat yang tidak bersempadan telah menyebabkan nafsu anak-anak muda kita semakin menggila. Samada di dalam bidang hiburan, mahupun di dalam ruangan berita sekalipun, unsur pembangkit nafsu tetap berleluasa. Fenomena globalisasi juga turut menyumbang kepada pemaksaan ke atas anak-anak muda untuk menerima budaya yang dipromosikan oleh sesetengah pihak. Bagi yang lemah iman dan lemah akal pemikiran, mudahlah mereka dihanyutkan oleh arus hedonisme dan liberalisme. Bagi yang masih ingin mempertahankan keimanan serta nilai murni di dalam diri, dilemma yang mereka hadapi semakin parah.
Di antara budaya yang dipaksakan ke atas anak-anak muda kita ialah budaya "coupling" (berpacaran) dan "sex before marriage" (seks pra-nikah). Bukanlah sesuatu yang ganjil jika ramai di antara anak-anak muda akan berasa janggal dan terasing jika mendapati diri mereka tidak mempunyai teman lelaki istimewa dan teman wanita istimewa. Seseorang remaja akan terasa seperti makhluk asing di bumi jika mereka tidak bergaul bebas dengan rakan-rakan berlainan jantina. Bagi anak-anak yang dibesarkan di sekolah-sekolah agama atau madrasah, mereka mungkin masih lagi selamat. Keselamatan ini, walau bagaimanapun akan segera hilang apabila mereka mula melangkah ke gerbang-gerbang IPT. Tidak kiralah IPTA mahupun IPTS. Kebebasan dan juga pengaruh rakan dan sekitaran akan segera membuatkan mereka menerima kejutan budaya. Samada mereka akan larut dan terheret oleh pengaruh sekitaran, ataupun mereka akan menjadi begitu rigid, keras dan tidak bertolak ansur. Inilah realiti kehidupan anak-anak muda di IPT-IPT.
Sepertimana yang pernah diutarakan sebelum ini, solusi bagi fenomena yang begitu menggila ini ialah "nikah". Hayat para pelajar di IPT tidak patut disia-siakan. Waktu yang mereka habiskan untuk berpacaran dan juga melayan lamunan, akan lebih terjaga jika mereka telah bernikah. Segalanya akan menjadi halal, dan masa tidak akan terbuang sia-sia. Segalanya mendapat keberkatan, dan tiada kerungsingan dan juga ketidak tentuan perasaan. Jika persoalan natijah selepas pernikahan yang menjadi persoalannya, maka solusi "nikah khitbah" telah dicadangkan. Mudah sahaja, selama hayat mereka di IPT, mereka tidak perlu mengandung, tidak perlu melahirkan anak, tidak perlu untuk tinggal di dalam sebuah rumah yang khusus, dan tidak perlu menjalani kehidupan seperti pasangan suami-isteri yang mempunyai pekerjaan tetap. Mereka hidup sebagai suami isteri di dalam segala keterbatasan yang ada, yang penting hubungan tersebut halal dan mereka tidak melakukan maksiat.
Walau bagaimanapun, ide ini tidak semudah yang diutarakan. Kebanyakan komen dan respon yang diterima adalah bersifat negatif. Bukanlah para remaja IPT yang bersifat negatif, tetapi ibu bapa yang bersikap negatif. Memang benar, tanpa sokongan ibu bapa, ide nikah khitbah untuk menyelamatkan anak-anak muda daripada berzina ini tidak mudah. Ibu bapa di Malaysia masih lagi mempunyai pemikiran yang kolot dan klasik. Mereka masih lagi menggunakan sifir lama dan lapuk.Mereka sanggup menjunjung adat yang kolot walaupun terpaksa membiarkan anak-anak dara dan teruna mereka bergelumang di dalam dosa. Jika hendak berkahwin, tunggu selepas habis belajar. Jika hendak kahwin, tunggu sehingga mendapat pekerjaan tetap. Jika hendak kahwin, tunggu sehingga mendapat ijazah. Bagaimana pula sementara menunggu hendak habis belajar dan hendak mendapatkan pekerjaan tetap?
Si teruna dan dara tiap-tiap hari bersua muka. Peluang untuk bertemu dan bersama itu jauh lebih besar daripada tidak bertemu. Dorongan media massa, media eletronik, persekitaran dan juga budaya setempat mendorong mereka untuk terus bertemu. Oleh kerana kita di negara yang mana rakyat masih lagi bebas untuk melakukan maksiat, maka peluang untuk melakukan maksiat itu terbuka lebih luas. Apakah ibu bapa yang kolot dan mundur pemikiran itu mengira anak-anak muda mereka malaikat yang tidak punya nafsu?, atau mungkin mereka anggap anak-anak muda mereka mempunyai "fire wall" yang begitu utuh?, atau juga mereka sangkakan mereka boleh mengawal "nafsu" anak-anak muda mereka dari jarak jauh (remote control)?
Bagi ibu bapa, sepatutnya mereka berusaha memahami realiti dan tuntutan semasa. Kita hidup di zaman yang dipenuhi dengan kefasadan dan keruntuhan moral. Peluang untuk melakukan dosa di bumi Malaysia ini jauh lebih banyak daripada peluang untuk menghindarinya. Ruang-ruang di media sentiasa diwarnai dengan warna nafsu dan juga maksiat. Anak-anak mereka yang tinggal jauh dari pandangan, sedang mengecapi kebebasan yang tidak terbatas. Tanpa iman, tanpa nilai dan tanpa sifat malu yang tinggi, mereka bebas melakukan apa sahaja. Jangan tertipu dengan perwatakan mereka di rumah!. Anak-anak muda akan mempunyai sikap dan peribadi yang berbeza sewaktu di rumah dan sewaktu berada bersama ahli keluarga. Bahkan, dalam banyak keadaan, mereka mempunyai sikap yang berbeza sewaktu di hadapan guru atau para pensyarah. Ingatlah, syaitan tidak akan melepaskan peluang untuk mendorong anak-anak Adam untuk melakukan perkara yang terlarang. Itulah tugas syaitan.
Jika para ibu bapa mempunyai tahap kepercayaan yang begitu tinggi kepada anak-anak mereka, itu adalah sesuatu yang baik. Namun, sangkaan yang baik semata-mata tidak cukup. Mereka perlu memahami realiti, anak-anak itu tinggal jauh di mata. Suasana persekitaran tidak membantu. Tarikan naluri orang muda adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, hatta di kalangan siswa dan siswi institusi pengajian berorientasikan agama. Jikalaulah mereka sudah mempunyai perubahan pada tingkah langku dan perlakuan seharian, maka selidikilah. Jika mereka sudah mempunyai pasangan, berbuallah mereka dengan cara yang matang dan rasional. Ingatlah, mereka sudah besar, mereka ingin dilayan seperti orang dewasa juga. Kadar intelektual mereka perlulah dihargai. Gunakanlah cara sehikmah yang mungkin untuk melakukan "penyelidikan" terhadap anak-anak muda.
Jikalau anak-anak muda menyuarakan keinginan untuk bernikah walaupun mereka masih lagi menuntut di kampus, jangan cepat melenting. Yakinlah, keberanian mereka untuk menyuarakan permintaan tersebut menunjukkan kematangan mereka. Keberanian mereka untuk membuat permintaan sedemikian rupa menunjukkan mereka ingin menyelamatkan iman dan akhlak.Yakinlah, jika mereka memilih untuk tidak meminta izin untuk berkahwin mereka mampu. Jika mereka memilih untuk tidak berkahwin dan meneruskan onar mereka sehingga ke tahap yang serius pun mereka mampu. Maka, jika mereka menyuarakan pendapat dan meminta izin, pertimbangkanlah ia dengan rasional, kematangan dan gunakanlah neraca keimanan. Mereka bukanlah anak-anak kecil lagi. Mereka juga bukannya terburu-buru ataupun terlalu mengikut nafsu. Yakinlah, apa yang mereka suarakan itu adalah bertitik tolak dari keimanan dan ketaqwaan serta kesungguhan mereka untuk menjaga nama baik keluarga.
Apakah langkah seterusnya?
Berbincang dengan mereka. Rasionalkan pemikiran mereka untuk melihat sesuatu dengan pandangan yang jauh. Dorong mereka untuk merancang dan bersikap realistik. Timbulkan segala kemungkinan dan kebarangkalian yang bakal mereka hadapi dan bantu mereka untuk mencari solusinya. Bukakan pemikiran mereka untuk melibat sudut-sudut yang mungkin mereka terlepas pandang. Apa yang lebih penting, berikan peluang untuk mereka mengutarakan pendapat-pendapat dan pandangan-pandangan mereka. Perlu diingatkan sekali lagi, mereka telah pun dewasa dan pemikiran mereka bukan lagi pemikiran anak-anak.
Seperkara yang penting juga, janganlah terlalu membuat keputusan melulu. Ada sesetengah ibu bapa yang langsung mencemuh, memperlekehkan dan terus menutup peluang untuk anak-anak mereka bersuara. "Dah gatal!", "Belajar dulu!", "Dah tak tahan lagi!", "Awak tu muda lagi!", "Janganlah hampakan harapan mak!" dan pelbagai ayat yang berbentuk cemuhan, prejudis dan juga mematikan hujah tidak akan membantu. Sekali lagi perlu diingat, mereka bukan lagi anak-anak kecil.
Setelah anda mendengar pendapat mereka, yang sebaiknya berkenalanlah dengan pasangan anak anda itu. Perbincangan di antara si ibu dan si ayah sebelum memberikan apa-apa keputusan kepada si anak amat penting. Sekali lagi perlu diingatkan, jangan emosional dan jangan terburu-buru di dalam membuat keputusan.
Ingatlah, anak-anak muda zaman kini hidup di dalam persekitaran yang serba mencabar. Walaupun kita telah mengawal sebaik mungkin di rumah, namun apa yang mereka dapat dari media, dari rakan-rakan dan juga dari tempat pengajian jauh lebih banyak. Di dalam dunia global, tiada sesiapa yang dapat menghalang orang lain daripada mengakses kepada apa-apa maklumat. Persekitaran dan juga suasana yang serba moden dan mencabar ini akan sentiasa membawa kepada pengingkaran terhadap perintah Tuhan. Satu-satunya cara untuk anak-anak muda yang telah mula terjebak dengan "cinta" dan juga "pacaran", adalah dengan bernikah.
Mungkin ibu bapa akan terfikirkan mengenai prestasi pembelajaran anak-anak yang bakal merudum selepas perkahwinan. Mungkin juga ada di antara ibu bapa yang begitu skeptik dan merasakan bahawa anak-anak mereka tidak akan dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran selepas perkahwinan. Sesuatu yang biasa juga bagi ibu bapa yang mengandaikan seribu satu andaian liar. Bagi yang mempunyai anak-anak perempuan, maka mereka akan terfikrikan, Bagaimanakh nanti anak-anak mereka akan dapat membahagikan masa untuk pelajaran dan melayan suami, Mereka juga terfikir, bagaimana pulakah jika anak mereka mengandung?, melahirkan anak?
Bagi mereka yang mempunyai anak lelaki pula terfikirkan, bagaimanakah anak mereka berupaya menanggung anak orang lain. Mereka juga terfikirkan, mampukah anak-anak mereka membimbing dan menjaga "anak gadis" orang. Akhirnya, kesemua andaian-andaian dan prejudis tersebut diterjemahkan kepada penolakan. "Tunggu sehingga habis belajar!", "Kami tak menolak pilihan awak, Cuma awak kena tunggu sehingga dapat kerja yang baik!". Kesemuanya menjadi jalan keluar kepada ibu bapa yang malas berfikir, ataupun berfikiran kolot ini. Jalan mudah diambil demi memudahkan kerja-kerja mereka. Akhirnya, sang anak yang tidak dapat melawan nafsu pun terus berpacaran, dan bergelumang dengan dosa "khalwat" dan berpegangan tangan. Bagi yang tidak mempu membendung nafsu, akhirnya mereka terjerumus ke lembah zina...kesemuanya kerana pemikiran kolot si ibu dan ayah.
Ibu bapa moden perlu berfikiran terbuka. Adalah lebih baik mereka berkorban material dan tenaga demi menjaga kesucian susur galur keluarga mereka. Sepatutnya ibu bapa moden bersikap konstruktif dan bukannya negatif. Apalah salahnya jika mereka membantu anak-anak yang ingin berkahwin itu dari segi material. Berikan juga sokongan moral. Berikan sokongan dan bimbingan. Berikan tunjuk ajar, dan berikan mereka "fulus". Bukankah mengkahwinkan anak perempuan di usia muda mereka merupakan sunnah?, bukankah membantu anak-anak untuk mengelakkan diri dari melakukan maksiat adalah wajib? ...Fikirkan!
Hidup manusia telah berubah, gaya kehidupan juga berubah, teknologi juga berubah, maka sudah sampai waktunya para ibu bapa moden juga berubah. Pemikiran yang kolot serta terlalu mengongkong tidak akan membantu anak-anak muda mereka. Pemikiran yang terlalu liberal dan tidak kisah juga membahayakan. Apa yang kita perlukan adalah pemikiran yang Islamik dan realistik. Kita juga mahukan pemikiran yang berdasarkan "fiqh al-Waqi'" (fiqh realiti). Biarlah minda kita selari dengan zaman.