terakhir dan berakhir

Assalamualaikum. selamat tengahari. Alhamdulillah, dengan izinnya, kita semua dapat mengharungi semester ini dengan jayanya. Berjaya mengharungi semua rintangan dan cobaan sepanjang satu semester tanpa perlu extand walau satu hari! Alhamdulillah, Praise to Allah, Thank You Allah ( *merangkumi semua tajuk lagu Maher Zain. hahaha)

Seperti biasa, byk perkara berlaku di dalam satu sem. dan perkara-perkara tersebut telah memberikan kita pelbagai pelajaran hidup dan pengalaman yang amat berharga. Sudah pasti pengalaman-pengalaman ini akan jdi satu kenangan bila kita dah dewasa nanti. huhuhu.

Semester ini bermula dgn Minggu mesra Pelajar. setelah cuti lama selama-lamaya iaitu selama 4 bulan, kami sekalian PC-PC yg terdiri drp sekretriat rakan Muda, kelab wawasan, PERMAJ, UPSM dan lain telah dengan gigihnya menjayakan Minggu Mesra Pelajar kali ini. Gigih sungguh meeting smpai kol 2 pagiii. Ooooiiii. korang xngantuk kaaaa? walaupun mata ngantuk xtahan tapi gagahkan juga mata melalui segala meting2x yang dijalankan terutamanya POST MORTEM. Dan yg pling mnyedihkan masa ni adalah hari raya. sedih jugak terpaksa meninggalkan family kat tmn universiti skudai johor. tapi terpaksa gagahkan diri.

Dan seperti biasa PERMAJ diberikan post protokol. PROTOKOL (*ada jugak 2 post lgi makanan dan sukan)  ... yaaaa. yaaa keje yang paling pening nak edit teks ucapan, teks mc, vip, peraturan duduk ke kiri, ke kanan. Anyway semua dapat dijalankan dgn baik. Hamdalillah.

haaaa. nilah muka pc2x yang dengan bangganya menarik nafas lega lepas MMP selesai.


memandangkan masih mood raya, lepas mmp semua dok kerja gila g beraya pulak. sampai ke cheras beraya balik kol 1 pagi. haisssshhhh. 


ni beraya kat rumah bos. *bos masa MMP jelah. kuikui

seterusnya adalah Minggu Pengenalan Persatuan. Program ni mmg akan dijalankan di UKM setiap kali sesi baru bermula. Motip sebenar adalah utk menarik pelajar2 baru ni join segala kelab-melab yang ada kat UKM ni. Kteorg at PERMAJ pon gigih la menarik seberapa banyak peserta join PERMAJ. Alhamdulillah penyertaan kali ini memberangsangkan.

Perasmian di booth PERMAJ oleh dato' TNC.

dan dalam masa yang sama juga, adelah pulak sekolah nak buat lawatan kat UKM. kami yg tengah sibuk dengan program-program lain cuba sedaya-upaya utk menerima kunjungan adik-adik drp SMK SEMBERONG. Jadi sebagai keputusannya, kami PERMAJ terpaksa di bahagi2kan kpd 3 program MMP utk pelajar 2nd intake, Minggu Pengenalan Persatuan dan LASBELA ni! mmg kerja gilaaaa. Tapi syukur semuanya berjalan dgn lancar walaupun semuanya dijangkiti virus demam. hahaha.

adik2 dari SMK SEMBERONG


haaaaa. penat la nak tulis lagi. nantikan part kedua yeeee. hahahahahah. okbaii.

0 comments:

Post a Comment