assalamualaikum kawan-kawan.
oleh kerana merasa amat boring pada petang ini, saya terkesan untuk memanjangkan sebuah e-mail yang diterima dari kawan saya tentang sebuah kisah percintaan yang begitu indah, dan saya rasa kalaulah kisah cinta ini diterbitkan dalam bentuk drama kat tv3 ke, tv baru al-Hijrah ke, mesti penonton akan melebihi jumlah penonton drama-drama hebat yang lain spt nur kasih malah NORA ELENA. ha3x. (*ohhh sethh) ekeke.
ok, jom layan kisah cinta romantis ni~!!
"Tahu macam mana kami bertemu?"tanya dia.Saya menggeleng. Masakan saya tahu kisah pertemuannya dengan suaminya kalau belum ada sesiapa yang bercerita.
"Cuma sekali kami bertemu.Itu pun secara tak sengaja.Lepas 3 tahun, dia datang dengan lamaran pernikahan"kata sahabat saya ini. "Wah, macam novel!" teruja saya.
"Kami berada dalam komuter yang sama.Orang ramai, maklum sajalah, berasak-asak "
"Lepas tu, apa jadi?" tanya saya apabila sahabat ini berhenti sebentar. Dia tersenyum.
"Dalam berasak-asak tu, kita cuba untuk menjaga diri dari tersentuh yang bukan muhrim.Komuter tiba-tiba berhenti, bergoyang. Dia hampir-hampir terjatuh waktu tu, dan secara tak sengaja hampir-hampir terjatuh ke arah kita"
"Dia ada buat apa-apa ke?"cepat sahaja saya menyampuk.
"Ish! Tak ada apa pun. Kita cepat mengelak. Tapi, kita ada menyebut satu perkataan pada waktu kelam kabut tu"kata sahabat ini.
"Apa dia?"
"Allah"
Saya memandang sahabat ini. Tenang sahaja. " Kenapa macam tu?" tanya saya lagi. Sahabat saya ini melatah, menyebut nama Allah?
" Terkejut sebenarnya. Takut pun ada juga. Terkejut sebab tiba-tiba ada lelaki hampir-hampir terjatuh ke arah kita, hampir-hampir memeluk kita. Takut kalau-kalau betul-betul terjadi, macam mana nak jawab dengan Allah tentang kulit yang bersentuhan ni?"
" Kalau betul-betul jadi pun, accident.Bukannya dengan sengaja,kan? " balas saya, sengaja menduga, untuk mendengar balasan sahabat saya pula.
" Allah..tak sanggup rasanya untuk membiarkan diri bersentuhan dengan yang bukan muhrim walaupun sekadar kulit tangan, walaupun secara tak sengaja. Kehormatan diri terasa seperti tercalar sedikit, terasa khianat pada bakal suami nanti tentang haknya yang sudah pun sedikit terguris.Lebih takut lagi, kalau-kalau kulit yang sedikit ini lah yang akan dipersoalkan oleh Tuhan di akhirat nanti"kata sahabat saya.
Saya tersenyum pula. Seperti yang dijangkakan. Saya sememangnya menanti-nanti bicaranya. Walaupun dalam perbualan biasa, dia menggunakan bahasa yang formal dan kadang kala puitis, tetapi, saya lebih menanti-nantikan mesej yang ingin disampaikan.
Halus sungguh jiwa sahabat ini.
"Macam mana pula pertemuan ni boleh sampai ke jinjang pelamin?"tanya saya lagi, berbalik kepada cerita asal.
"Dia sebenarnya terkejut,pertama kali berjumpa dengan orang yang menyebut 'Allah' dalam keadaan panik macam tu. Kami tak saling bertegur pun, masing-masing terus ke destinasi masing-masing. Kita sendiri pun dah tak ingat tentang peristiwa tu. Tapi sebenarnya, dia terkesan. Dia nekad, kalau-kalau kami terserempak di mana-mana lagi, dia yakin, inilah jodohnya. Kebetulan, kami sebenarnya menuntut di universiti yang sama"
"Oh, ada terjumpa di dalam mana-mana aktiviti persatuan mungkin?"saya meneka, memandangkan sahabat saya ini aktif sungguh dalam kegiatan-kegiatan kelab pelajar di kolej.
"Entah. Tak perasan pun kalau-kalau kami ada terserempak di mana-mana"

0 comments:
Post a Comment