KENAPA BUDAK JOHOR TU?

ok, hari ni saya nak ajar kamu orang semua tentang loghat2 org Johor. ini dilakukan bukanlah untuk mencari publisiti, tapi adalah juga sumbangan saya kepada negeri kelahiran saya ni. ha3x. semua negeri ade loghat masing-masing, tapi Johor loghat nya tidak terlalu pekat dan ia tidak memberi kesan semasa pembentangan * KALAU CAKAP, SEMUA ORANG FAHAM :)*

ok, selain daripada itu *ayat skema* saya juga ingin memperkenalkan persatuan yang memartabatkan negeri JOHOR dekat UKM tu. oke, namanya PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR. nama timangan atau nama manja  PERMAJ. sebut je PERMAJ, mesti orang kat sane tahu * cewaahhh. masuk bakul, angkat sendiri..haha* kalau nak tau klik SINIII  dan SITUUU
  
ok, mari belajar sekarang juga~!! tumpukan perhatian ye murid-murid.............




' Mari kita kenali Bahasa Melayu loghat Johor yang seronok untuk diketahui.... Umum sudah tahu, orang Johor ni memang peramah belaka dan sebab tu lah kalau sebut jer orang Johor mesti dia ni....

(1) kuat sembang,
(2) kecoh sikit,
(3) riuh rendah,
(4) senang dapat kawan dan
(5) tak memilih kawan..

.Orang Johor sendiri tak akan sebut JOHORRRR.. sebalik JOHO jer... sebab penggunaan huruf R memang tidak ditekankan dan sebutan mereka... Lain plak ceritanya mcm org T'ganu yang terlebih menggunakan huruf G dalam sebutan mereka....Mari kita dekati beberapa perkataan Bahasa Melayu loghat Johor yang kadang-kala pelik bila kita dengar...

1. Pegang (disebut pigang atau "pegang" - huruf E seperti menyebut enak")
2. Tarik (disebut terik)
3. Rumah (disebut ngumah)
4. Orang (disebut owang)
5. Cuci (orang Johor jarang sebut cuci tetapi basuh)
6. Almari (dipanggil gerobok atau gobok)
7. Selimut (dipanggil gebar, huruf E seperti menyebut emak)
8. Periuk (priuk atau piuk)
9. Suami (laki)
10. Isteri (bini)
11. Tandas (jamban)
12. Lucu (kelaka)
13. Gelak (ketawa)
14. Bersalin (beranak)
15. Berkhatan (bersunat)
16. Malu (segan)

Ini hanya sekadar contoh dan banyak lagi perkataan yang boleh ditemui jika bersembang dengan orang-orang Johor... Penggunaan bunyi "er" dalam setiap hujung suku kata "aaa" memang semua sudah maklum... Orang Johor tak guna bahasa Baku... Ada juga suka kata akhir perkataan dibunyikan "oo" atau huruf O... Dan ini contoh2 nya...

1. saya (saye)
2. puasa (puase)
3. raya (raye)
4. gembira (gembire)
5. belajar (belajo)
6. pagar (pago)
7. damar (damo)
8. pelantar (pelanto)

Itu tak termasuk plak dengan tambahan bunyi "ekk..." dalam perbualan orang-orang Johor.... Perkataan "ekk..." lazimnya menggambarkan sesuatu keadaan yang terlalu atau paling... seperti ayat-ayat ini.

1. Rumah dia jauh betul ekkk..??
2. Cantik ekkk... bandar Joho skarang ??
3. Dia TU PANDAI betul ekk..?? ''

ok, contoh lain
.
.
.
.

1. Rewang = Gotong Royong kat majlis kawen, potong2 bawang dll. biasanye hari sebelom majlis lah acara rewang2ni ..
2. Gebar ( sebutan Johor gini, Gebo ) = selimut
3. Gerobok ( sebutan Johor gini, Gobok ) = almari
4. Sangap = menguap
5. Ngeteh = lepak2 minum air sambil sembang2 kat warong @ tempat makan lain
6. Jajan = makanan ringan
7. Deras/Lincah = cepat | contoh : ''Cuba koderas2/lincah sikit!'' maksudnya , ''Cuba ko cepat2 sikit!!''
8. Berendut = dating
9. Endut = pakwe/makwe
10. Sarap = Sarapan
11. Janlah = Jomlah
12. Bongok = bodoh
13. Bingor = gila2
14. Sepatu = Kasut
15. Berlenggeng = tak pakai baju
16. Buah Semangka = buah tembikai
17. Mengelat = menipu / tak aci
18. Cebeng = suka nangis
19. Kememeh = macam nak menangis
20. Gendong= dukung
21. Epok-epok = Karipap
22. Ek = biasa kat hujung ayat diorang ada perkataan ni , nak menggambarkan sesuatu yang paling sangat, atau boleh juga sebagai 1 pertanyaan . | contoh : 1) Esok ko balik kampong ek?? 2) Sedap ek nasi lemak dia ..
23. Nyidai = sidai | contoh : ''aku nak nyidai baju la.''
24. Saing = bersama | contoh : ''nak gi makan saing aku ek."

OK, MURID-MURID SEMUA FAHAM X?? HA3. SENANG JE BELAJAR BAHASA JOHOR NI. INGAT YE KAWAN2, JANGAN PANGGIL johoqq. BURUK benor BUNYIKNYE. OK, TENKIUUU BACA. LAIN KALI DATANG LAGI. WEWEWE. 

2 comments:

  1. dah lama tertinggal bahasa ni, sebab dah belajo kat luo kan. kita writing pon jarang nak guna bahasa joho. tak macam kelantan ngn ganu. apa apa pun joho tetap di hati :)

    ReplyDelete
  2. yeesss. i sayang JOHORRR. wewewe.

    ReplyDelete