makan SHARP time

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam satu BERSIH. ehh. Salam satu Malaysia. Entri seterusnya akan berkisar tentang makan sebab sekarang ni saya tengah lapar~!! hahahaha. oke, jika merujuk kepada tajuk diatas, makan tepat waktu atau SHARP time bahasa ibundanya. Dalam hidup sehari-hari, kita telah ditetapkan dengan beberapa waktu makan iaitu :

1) serapan
2) Makan Tengahari
3) Minum Petang
4) Makan Malam
5) Supper

Kenapa agaknye kita ni kene makan berulang kali dalam satu hari. kenape x makan sekali je sehari? *boleh tahan ke makan sekali sehari* hahaha. ok, ni semua adalah bertujuan untuk memastikan sistem penghadaman kita lebih terurus. *nilah akibatnya bila cita-cita dulu nak jadi doktor, tapi x tercapai.* ahhaha. ok, jommmm
.
.
.
.


Ok, apabila kita makan, macam biasa, makanan yang kita makan tadi akan masuk ke dalam perut kita seperti biasa. ia akan menjalankan aktivitinya di dalam perut. 
.
.
.
.


Jadi,bila kita makan pada masa yang sesuai, makanan yang baru masuk tadi akan menolak makanan yang lama (sarapan) untuk ia meneruskan perjalanannya ke toilet yang wangi. ok, cuba bayangkan jika kita tidak makan mengikut mase, makanan yang masuk dulu akan terbiar di dalam perut kita. dan apabila makanan baru masuk, ia tidak sempat untuk menolak makanan yang lama dan ia akan menjadi seperti ini
.
.
.
.



Maka, inilah yang akan terjadi kepada perut kita. Mungkin ini akan menyebabkan gejala perut buncit *oopsss* hehehehe. Ok kawan-kawan, moral of the story, kita perlu mengambil makanan mengikut masa-masa yang ditetapkan untuk menjadikan diri kita lebih sihat untuk digunakan sampai kita mnejadi seorang atuk dan nenek. wahahaha. Tapi, bulan Ramadhan jangan pulak ngegade nak makan ek~!!!ok, jom makan.....~!!! wewe



MELAYU MUDAH LUPA KE?

assalam. hari ni xdapat la saya nak lunch, sebab hari ni puasa * waaa. lapar :P* ok, apalagi, internet menjadi lunch ku hari ini, walaupun hakikatnya saya tidak memakannya. huhu. "melayu Mudah lupa" mungkin ungkapan dr. mahathir tu dah jadi satu perumpamaan yang sinonim dengan orang melayu. saya pon nak ckp gitu lah. boleh ke? *tapi saya xlah sebijak DR. MAHATHIR.. wawa* ok, bukan nak ckp ni saya ni x pelupa, masalahnya saya pon selau lupa bawak kunci rumah bile nak g keje. hahahaha. ok, meh cni, i ade satu cerita yg mnjadi bukti Melayu mudah lupa.


PADA SUATI HARI
DI PETANG YANG HENING
TERDAPAT SEORANG MAKCIK MENYAPAKU *cewahh, mcm novel la pulok. haha*

ok, perbualan ni ditangkap pada bulan 5 mase cuti


masa berlalu. dan saya pon dengan gagahnya bertungkus lumus menyiapkan assigment *ehh? bertungkus lumus? bkn copy paste? haha* dan cuti datang lagi. ehh. silap. bukan cuti, saja nak balik kampung. maka ditakdirkan saya bertemu lagi dengan cik kiah ni, tapi di tempat yang berlainan. ekekeke.


sebulan kemudian...
.
.
.
haa. tengok, makcik tu dah lupe kan?? *mcm experiment dah. haha.


Ok, kawan-kawan. nampak x kat situ. memang kita ni cepat je lupe. dah kate manusia kan. manusia bermaksud lupa. jangan kata makcik, orang muda mudi macam saya ni pon boleh selalu lupe. ok, jadi untuk mengelakkan dari mudah lupe, saya ada beberapa langkah :

1. banyakkan berdoa
2. bawak buku nota kemana-mana, dan tulis setiap keperluan yang perlu anda lakukan setiap hari. haha
3. Jangan buat kerja bertangguh. bila banyak sangat kerja, kita akan mudah lupe kerja kita yang lain-lain.
4. Cari kawan rapat yang berdisiplin. hahaha.

ok, saya tade idea lagi. siapa ada cara-cara lain untuk mengelakkan kelupaan dan kealpaan ni boleh la komen ye. ok. tata. Assalamualaikum :)



JELESS~!!!!


Satu perkataan je saya nak cakap hari ni
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SAYA JELESSS~!! WAAAA

KENAPA BUDAK JOHOR TU?

ok, hari ni saya nak ajar kamu orang semua tentang loghat2 org Johor. ini dilakukan bukanlah untuk mencari publisiti, tapi adalah juga sumbangan saya kepada negeri kelahiran saya ni. ha3x. semua negeri ade loghat masing-masing, tapi Johor loghat nya tidak terlalu pekat dan ia tidak memberi kesan semasa pembentangan * KALAU CAKAP, SEMUA ORANG FAHAM :)*

ok, selain daripada itu *ayat skema* saya juga ingin memperkenalkan persatuan yang memartabatkan negeri JOHOR dekat UKM tu. oke, namanya PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR. nama timangan atau nama manja  PERMAJ. sebut je PERMAJ, mesti orang kat sane tahu * cewaahhh. masuk bakul, angkat sendiri..haha* kalau nak tau klik SINIII  dan SITUUU
  
ok, mari belajar sekarang juga~!! tumpukan perhatian ye murid-murid.............




' Mari kita kenali Bahasa Melayu loghat Johor yang seronok untuk diketahui.... Umum sudah tahu, orang Johor ni memang peramah belaka dan sebab tu lah kalau sebut jer orang Johor mesti dia ni....

(1) kuat sembang,
(2) kecoh sikit,
(3) riuh rendah,
(4) senang dapat kawan dan
(5) tak memilih kawan..

.Orang Johor sendiri tak akan sebut JOHORRRR.. sebalik JOHO jer... sebab penggunaan huruf R memang tidak ditekankan dan sebutan mereka... Lain plak ceritanya mcm org T'ganu yang terlebih menggunakan huruf G dalam sebutan mereka....Mari kita dekati beberapa perkataan Bahasa Melayu loghat Johor yang kadang-kala pelik bila kita dengar...

1. Pegang (disebut pigang atau "pegang" - huruf E seperti menyebut enak")
2. Tarik (disebut terik)
3. Rumah (disebut ngumah)
4. Orang (disebut owang)
5. Cuci (orang Johor jarang sebut cuci tetapi basuh)
6. Almari (dipanggil gerobok atau gobok)
7. Selimut (dipanggil gebar, huruf E seperti menyebut emak)
8. Periuk (priuk atau piuk)
9. Suami (laki)
10. Isteri (bini)
11. Tandas (jamban)
12. Lucu (kelaka)
13. Gelak (ketawa)
14. Bersalin (beranak)
15. Berkhatan (bersunat)
16. Malu (segan)

Ini hanya sekadar contoh dan banyak lagi perkataan yang boleh ditemui jika bersembang dengan orang-orang Johor... Penggunaan bunyi "er" dalam setiap hujung suku kata "aaa" memang semua sudah maklum... Orang Johor tak guna bahasa Baku... Ada juga suka kata akhir perkataan dibunyikan "oo" atau huruf O... Dan ini contoh2 nya...

1. saya (saye)
2. puasa (puase)
3. raya (raye)
4. gembira (gembire)
5. belajar (belajo)
6. pagar (pago)
7. damar (damo)
8. pelantar (pelanto)

Itu tak termasuk plak dengan tambahan bunyi "ekk..." dalam perbualan orang-orang Johor.... Perkataan "ekk..." lazimnya menggambarkan sesuatu keadaan yang terlalu atau paling... seperti ayat-ayat ini.

1. Rumah dia jauh betul ekkk..??
2. Cantik ekkk... bandar Joho skarang ??
3. Dia TU PANDAI betul ekk..?? ''

ok, contoh lain
.
.
.
.

1. Rewang = Gotong Royong kat majlis kawen, potong2 bawang dll. biasanye hari sebelom majlis lah acara rewang2ni ..
2. Gebar ( sebutan Johor gini, Gebo ) = selimut
3. Gerobok ( sebutan Johor gini, Gobok ) = almari
4. Sangap = menguap
5. Ngeteh = lepak2 minum air sambil sembang2 kat warong @ tempat makan lain
6. Jajan = makanan ringan
7. Deras/Lincah = cepat | contoh : ''Cuba koderas2/lincah sikit!'' maksudnya , ''Cuba ko cepat2 sikit!!''
8. Berendut = dating
9. Endut = pakwe/makwe
10. Sarap = Sarapan
11. Janlah = Jomlah
12. Bongok = bodoh
13. Bingor = gila2
14. Sepatu = Kasut
15. Berlenggeng = tak pakai baju
16. Buah Semangka = buah tembikai
17. Mengelat = menipu / tak aci
18. Cebeng = suka nangis
19. Kememeh = macam nak menangis
20. Gendong= dukung
21. Epok-epok = Karipap
22. Ek = biasa kat hujung ayat diorang ada perkataan ni , nak menggambarkan sesuatu yang paling sangat, atau boleh juga sebagai 1 pertanyaan . | contoh : 1) Esok ko balik kampong ek?? 2) Sedap ek nasi lemak dia ..
23. Nyidai = sidai | contoh : ''aku nak nyidai baju la.''
24. Saing = bersama | contoh : ''nak gi makan saing aku ek."

OK, MURID-MURID SEMUA FAHAM X?? HA3. SENANG JE BELAJAR BAHASA JOHOR NI. INGAT YE KAWAN2, JANGAN PANGGIL johoqq. BURUK benor BUNYIKNYE. OK, TENKIUUU BACA. LAIN KALI DATANG LAGI. WEWEWE. 

How sweet this story~!

assalamualaikum kawan-kawan. 
oleh kerana merasa amat boring pada petang ini, saya terkesan untuk memanjangkan sebuah e-mail yang diterima dari kawan saya tentang sebuah kisah percintaan yang begitu indah, dan saya rasa kalaulah kisah cinta ini diterbitkan dalam bentuk drama kat tv3 ke, tv baru al-Hijrah ke, mesti penonton akan melebihi jumlah penonton  drama-drama hebat yang lain spt nur kasih malah NORA ELENA. ha3x. (*ohhh sethh) ekeke. 

ok, jom layan kisah cinta romantis ni~!!


"Tahu macam mana kami bertemu?"tanya dia.Saya menggeleng. Masakan saya tahu kisah pertemuannya dengan suaminya kalau belum ada sesiapa yang bercerita.

"Cuma sekali kami bertemu.Itu pun secara tak sengaja.Lepas 3 tahun, dia datang dengan lamaran pernikahan"kata sahabat saya ini. "Wah, macam novel!" teruja saya.

"Kami berada dalam komuter yang sama.Orang ramai, maklum sajalah, berasak-asak "

"Lepas tu, apa jadi?" tanya saya apabila sahabat ini berhenti sebentar. Dia tersenyum.

"Dalam berasak-asak tu, kita cuba untuk menjaga diri dari tersentuh yang bukan muhrim.Komuter tiba-tiba berhenti, bergoyang. Dia hampir-hampir terjatuh waktu tu, dan secara tak sengaja hampir-hampir terjatuh ke arah kita"

"Dia ada buat apa-apa ke?"cepat sahaja saya menyampuk.

"Ish! Tak ada apa pun. Kita cepat mengelak. Tapi, kita ada menyebut satu perkataan pada waktu kelam kabut tu"kata sahabat ini.

"Apa dia?"

"Allah"

Saya memandang sahabat ini. Tenang sahaja. " Kenapa macam tu?" tanya saya lagi. Sahabat saya ini melatah, menyebut nama Allah?

" Terkejut sebenarnya. Takut pun ada juga. Terkejut sebab tiba-tiba ada lelaki hampir-hampir terjatuh ke arah kita, hampir-hampir memeluk kita. Takut kalau-kalau betul-betul terjadi, macam mana nak jawab dengan Allah tentang kulit yang bersentuhan ni?"

" Kalau betul-betul jadi pun, accident.Bukannya dengan sengaja,kan? " balas saya, sengaja menduga, untuk mendengar balasan sahabat saya pula.

" Allah..tak sanggup rasanya untuk membiarkan diri bersentuhan dengan yang bukan muhrim walaupun sekadar kulit tangan, walaupun secara tak sengaja. Kehormatan diri terasa seperti tercalar sedikit, terasa khianat pada bakal suami nanti tentang haknya yang sudah pun sedikit terguris.Lebih takut lagi, kalau-kalau kulit yang sedikit ini lah yang akan dipersoalkan oleh Tuhan di akhirat nanti"kata sahabat saya.

Saya tersenyum pula. Seperti yang dijangkakan. Saya sememangnya menanti-nanti bicaranya. Walaupun dalam perbualan biasa, dia menggunakan bahasa yang formal dan kadang kala puitis, tetapi, saya lebih menanti-nantikan mesej yang ingin disampaikan.

Halus sungguh jiwa sahabat ini.

"Macam mana pula pertemuan ni boleh sampai ke jinjang pelamin?"tanya saya lagi, berbalik kepada cerita asal.

"Dia sebenarnya terkejut,pertama kali berjumpa dengan orang yang menyebut 'Allah' dalam keadaan panik macam tu. Kami tak saling bertegur pun, masing-masing terus ke destinasi masing-masing. Kita sendiri pun dah tak ingat tentang peristiwa tu. Tapi sebenarnya, dia terkesan. Dia nekad, kalau-kalau kami terserempak di mana-mana lagi, dia yakin, inilah jodohnya. Kebetulan, kami sebenarnya menuntut di universiti yang sama"

"Oh, ada terjumpa di dalam mana-mana aktiviti persatuan mungkin?"saya meneka, memandangkan sahabat saya ini aktif sungguh dalam kegiatan-kegiatan kelab pelajar di kolej.

"Entah. Tak perasan pun kalau-kalau kami ada terserempak di mana-mana"



okkkk. BERSAMBUNGGGGG. ha3x

sape2 nak tahu sambungannya, sila selalu tgok belog saya yang comel ni. :)  wewe.

selamat datang NAURAH NABIHAH~~

"PUAN, kalau puan xbersalin pada 15hb ni, kami terpaksa lakukan pembedahan untuk menyelamatkan dua-dua pihak (beby dan ibu). " kata dokter yang menjaga ibu saya. eeuuwww. seriauuuu. kejadian berlaku pada jumaat 3 jun 2011. 

kemudian ibu dimasukkan ke dalam wad kerana mempunyai beberapa kes tertentu seperti darah tinggi dan kencing manis. seperti tahu kesengsaraan ibu yang melalui proses pembedahan untuk mengeluarkan baby, anak kecil itu berusaha mengeluarkan dirinya (betol ke ayat aku ni :P ) . menahan kesakitan selama 9 jam, dan 3 botol air telah dimasukkan ke dalam badan (ibu yg cerita), akhirnya........ lahirlah beby ibu saya tepat jam 8.40 pagi, sabtu 04 jun 2011. huuuuuuu. sama dgn hari keputraan yang dipertuan agung tuuu. ::) cepat 11 hari dari masa yang dijangkakan, beby yang dilahirkan berada di dalam keadaan sihat dan montel (macam saya).  yehaaaaa.

pada ketika itu, saya yang berada di rumah terus melompat dan menyiapkan adik2 yang ade kat rumah untuk segera ke HOSPITAL SULTANAH AMINAH untuk melihat beby yang baru dilahirkan. yeaaaa. ayah kata comellll......

dan akhirnyaaaaa

v
v
V
V
V


HAAA. inilahh adik  NAURAH sayaaaaaa

v
v
v
v
v


cakkkk. best nye main2 ngn kak long niiiiii

v
v
v
v
v
v



ahhhh. kak long ni kacauuu jee~!!!! eeeeiiiiii

v
v
v
v
v
v
v

oaahhh. nak tidurrrr3x~!!!!


v
v
v
V
V
V
V
OKKKK. dah. saye nak tiduuuuu. jangan kacauuuuuu~!!!

v
v
v
V
V
V
V

NAMA saya naurah nabihah.. nama saya bermaksud bunga yang cerdik. nama saya dipilih oleh kak long saya . kak long kata , nama saya amat berseni kerana ia mempunyai unsur kiasan yang amat tinggi. naurah adalah bunga, dan bunga memberi kiasan kepada seorang wanita. semoga nanti, naurah akan menjadi seorang wanita yang cerdik seperti kak long. muahahahahaha. ameeennnn.

nak menang di EXABYTES~!!!


1. You will need to post our super blogger contest image on your blog(Refer to the above picture).
2. You will need to complete a slogan on “I like Exabytes Domain because ___________________________.
(Min. 45 words, Max. 9999999999999999 words. Can be in Bahasa Malaysia or English.)
3. By submitting this slogan to us, you will also stand a chance to WIN iPad 2, Haagen Daaz Voucher, Starbucks Voucher and KFC Voucher!
4. This competition is only open for Malaysian and prizes will only be send to Malaysian Address.
5. Below is the list of prizes we are featuring today.
List of Prizes for our Exabytes Super Blogger Slogan Contest TODAY!
10 Google Adwords.
6 Exabytes Notepad
5 Google Notepad
1 Google T-shirt
Stand a chance to also WIN:
1 iPad2
5 Starbucks Voucher (RM50)
5 Haagen Daaz Voucher (RM25)
10 KFC Voucher (RM10)
Participant who submits:
1st. Google Notepad
2nd. Google Adwords (RM100)
3rd. Exabytes Notepad
4th. Skip
5th. Google Adwords (RM100)
6th. Google Notepad
7th. Google Adwords (RM100)
8th. Skip
9th. Exabytes Notepad
10th. Google Adwords (RM100)
11th. Google Notepad
12th. Skip
13th. Google Adwords (RM100)
14th. Google Adwords (RM100)
15th. Exabytes Notepad
16th. Skip
17th. Google Adwords (RM100)
18th. Exabytes Notepad
19th. Exabytes Notepad
20th. Google Adwords (RM100)
21st. Skip
22nd. Skip
23rd. Google Adwords (RM100)
24th. Exabytes Notepad
25th.Google Adwords (RM100)
26th. Skip
27th. Skip
28th. Google Notepad
29th. Skip
30th. Google Notepad

SALAM....hari ni nak bercerita cikit tentang Exabytes. ape tu exabytes?? kalau korg semua nak tahu, exabytes  ialah sebuah syarikat web hosting terkemuka di Malaysia. Jangan tak percaya, dorang mempunyai cawangan di US, India dan Singapura!  Canggih! memang canggih~!! korang nye web akan meluas ke serata dunia kalau gunakan exabytes ni. jom try. “I like Exabytes Domain because i can spread my blog around the world~! selain itu, jika saya join bussines, saya pasti bisnes saya akan lebih maju dengan menggunakan exabytes ini. harap pihak exabytes akan terus memajukan web ini. yehuu~!!! selain itu, daripada laman web exabytes ini, saya juga dapat mengetahui produk-produk lain yang tidak pernah saya ketahui sebelum ini. terdapat banyak produk-produk baru yang saya ketahui melalui laman web ini. yang penting, saya berpeluang memenangi ipad 2 daripada contest yang dianjurkan EXABYTES~!!!! "