selamat petang semua. oleh kerana kelaparan xmkn lagi stu hari ni. jadi sy amat berbesar hati menayang gambar ikan siakap ini kepada anda semua, YEE. mmg lapar. ni ibu yg ajar. oke, lpas mkn ni konfem xleh lupe rase dy. mmg sdap. jadi boleh la cube2x masak spe yg minat ikan siakap tu. nyumy2x.
*klik untuk MENAMBAH KELAPARAN ANDA* wawawa
Bahan -Bahan
• 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar - xde! ikan apa2 ajer!
• 2 sudu teh air perahan limau nipis
• 1 sudu teh garam
# Lumur ikan dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan
• 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
• 4 helai daun pandan - hiris halus
• 2 helai daun kunyit - hiris halus
• 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
• 5 tangkai selasih - diambil daunnya - x ltk
• 2 biji tomato merah - potong dadu
• 250 ml air
• 1/2 sudu teh garam
• 1 sudu teh gula pasir
• 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong
• 3 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar
• 12 biji bawang merah
• 7 biji cili padi merah
• 5 biji buah keras - bakar kejap
• 3 cm kunyit hidup - bakar - tak bakar pong dua2
• 2 cm halia
Bahan Pelengkap
• 1 biji timun - dipotong serong
• 4 tangkai selasih
• 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
~SELAMAT MENONTON IKAN SIAKAP TU. haha.~